MFeO_Dwi Enterprise (JM0582282-H) mula bertapak sekitar tahun 2010 dan telah didaftarkan pada Julai 2011 dengan memilih lokasi daerah Pontian, Johor sebagai tapak operasi kami. Pada ketika itu, perniagaan kami lebih berfokus kepada jualan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, sewaan pakaian lelaki dan wanita serta perkhidmatan fotografi dan videografi dengan kerjasama FazPhoto Group.
Bermula tahun 2012, kami telah berpindah ke Kluang, Johor sebagai tapak operasi kami yang baru. Masih menjalankan jenis perniagaan yang sama, kami juga telah berkembang dan memulakan perniagaan jualan cenderahati bagi memantapkan lagi operasi syarikat kami.
Alhamdulillah syukur ke atas rahmat yang dikurniakan oleh-Nya, kami masih lagi utuh berdiri dan terus berusaha.
0 comments:
Post a Comment